Friday 6 May 2011

Isteri khalwat: Suami tuntut hak penjagaan anak

Isteri khalwat: Suami tuntut hak penjagaan anak

KANGAR 25 Sept. - Seorang suami yang isterinya ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain semalam, pasrah dengan ketentuan-Nya, namun berazam mendapatkan hak penjagaan untuk kedua-dua anak mereka.
Lelaki itu berkata, ini bagi memastikan kedua-dua anak perempuan mereka berusia dua dan enam tahun mendapat pendidikan akademik dan agama yang sempurna.
Juruteknik kanan sebuah kilang swasta di Sungai Petani itu berkata, dia akan mendapatkan khidmat nasihat undang-undang dari pihak berkaitan.
Tambahnya, selain itu, dia akan turut merujuk perkara tersebut kepada Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Biro Bantuan Guaman.
"Jika kedua-dua belah pihak itu mengatakan saya perlu mendapatkan khidmat peguam bagi tujuan berkaitan, saya akan berikhtiar demi anak-anak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ditanya tindakan pihaknya jika mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap isterinya, beliau hanya berkata: "Apakah yang anda lakukan jika berada di kedudukan saya? Itulah juga yang saya akan lakukan."
Dalam kejadian semalam, hasrat seorang suami untuk menghadiahkan isterinya kek sempena hari jadinya berkecai apabila wanita itu ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di sini, awal pagi ini.
Lebih menyedihkan lelaki itu sendiri menyertai pegawai Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) dalam serbuan di bilik hotel berkenaan pada pukul 5.30 pagi.
Wanita yang berusia 31 tahun dan bekerja di Sungai Petani, Kedah itu, ditangkap ketika sedang berdua-duaan bersama seorang lelaki, dipercayai ahli perniagaan
=======================

1 comment:

  1. This Is Really Great Work. Thank You For Sharing Such A Good And Useful Information Here In The Blog.
    ONLINE EARNING

    ReplyDelete