Friday 6 May 2011

Polis ambil tindakan tegas anggota khalwat

Polis ambil tindakan tegas anggota khalwat

ARKIB : 18/02/2011(UTUSAN MALAYSIA)PULAU PINANG 17 Feb. - Polis akan mengambil tindakan tegas ke atas dua anggotanya yang ditahan kerana berkhalwat dalam operasi cegah maksiat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Selasa lalu, jika siasatan mendapati mereka bersalah.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya bagaimanapun perlu menunggu siasatan lengkap JHEAIPP sebelum tindakan diambil.
"Mereka tidak boleh dianggap bersalah jika siasatan terhadap mereka belum selesai. Biarlah siasatan dijalankan dahulu kerana seseorang itu tidak dianggap bersalah sehingga siasatan selesai.
"Kedua-duanya perlu berhadapan dengan perbuatan yang mereka lakukan. Tiada siapapun boleh mengatasi undang-undang," katanya selepas menyampaikan cek Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) kepada 16 balu polis berjumlah RM35, 906.40 di Dewan Pengkalan Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Satu, Batu Uban, di sini hari ini.
Sabtu lalu, kedua-dua anggota polis tersebut ditahan oleh JHEAIPP dalam operasi cegah maksiat sempena sambutan Hari Valentine.
Ketika ditahan, anggota polis lelaki berusia 40-an dan sudah berumah tangga itu menggigil ketakutan.
Tegas Ayub, pihaknya tidak akan melindungi perbuatan yang dilakukan anggota terlibat dan akan mengambil tindakan disiplin jika terbukti melanggar peraturan.
"Mereka berani buat, jadi mereka kena berani tanggung risikonya. Kita akan membantu apa yang diperlukan semasa proses siasatan sedang dijalankan," katanya.

2 comments:


  1. Best sangat serita ni.. Buatkan saya nak baca tiap hari..
    Tumpang Iklan
    Abang..seronoknya..
    Nak lagi..boleh?
    >>>Enlargexl:Besarkan Zakar <<<

    ReplyDelete