Friday 6 May 2011

“Sayalah yang dicekup basah”

“Sayalah yang dicekup basah”

Saya masih sedang tidur nyenyak lewat pagi hari itu pada bulan September tahun 1979 kerana jet lag baru pulang mengikuti lawatan Perdana Menteri Hussein Onn ke Moscow, suatu panggilan telefon meminta Utusan Malaysia menyiarkan suatu berita khalwat cepat menimbulkan kemarahan saya..
Panggilan ini daripada seorang bekas penyunting Utusan Melayu yang telah bekerja di sebuah akhbar harian lain.
Saya naik marah kerana saya kenal wartawan ini “luar dalam” sepanjang bekerja dengan akhbar Utusan Melayu. Selain dari itu kejadian tersebut telah lama berlaku dan pemanggil terlalu ghairah mahu berita ini disiarkan oleh kerana marahkan saudara perempuannya yang terlibat.
Saya terus melepaskan marah kepadanya, “Awak ini betul-betul tak sedar diri, awak dulu dapat sahaja gaji , naik hotel turun hotel, cari perempuan, sekarang awak baru sedar, baru jadi Islam, awak dah lupa siapa awak dulu, nak malukan orang buat apa”.
Sebenarnya saya pun telah mengetahui kes ini melibatkan seorang pegawai tinggi rakan baik kepada wartawan wartawan kanan akhbar. Kesnya telah pun ditutup kerana tidak mempunyai asas yang kuat tetapi orang yang menelefon saya ini tidak berpuas hati dan meminta saya menyiarkan juga kerana akhbar tempatnya bekerja tidak mahu menyiarkan.
Berita khalwat yang kebanyakannya berlaku di Kuala Lumur telah melariskan jualan akhbar-akhbar Melayu sejak awal tahun 1960-an yang menyebabkan nama dua orang pegawai agama di Kuala Lumpur begitu popular dan ditakuti ramai.
Mereka ialah Arshad Masjuri Kadi Kuala Lumpur dan Ustaz Dahlan, Pegawai Pencegah Maksiat Kuala Lumpur.
Ustaz Dahlan menangkap dan Arshad Masjuri membicara dan menjatuhkan hukuman ke atas pasangan khalwat. Perbicaraan di jalankan di Pejabat Kadi Kuala Lumpur di Datuk Keramat. Kedua-dua mereka memberikan kerjasama kepada wartawan-wartawan “khalwat” Berita Harian dan Utusan Melayu iaitu Isa Yassin (Utusan Melayu) dan Osman Ahmad ( Berita Harian). Mereka adalah wartawan khas di bidang ini sehingga Osman Ahmad dipanggil oleh rakan rakannya Osman Khalwat.
Osman telah bersara sebagai wartawan Bernama tetapi sampai sekarang dia masih ingat peristiwa dia hampir dipukul ketika meliputi bicara suatu kes khalwat di Pejabat Kadi Datuk Keramat.
Kedua-dua wartawan ini mempunyai senarai jadual perbicaraan khalwat dan mereka juga mendapat maklumat tentang serbuan-serbuan khalwat yang akan dilakukan di sekitar kawasan kediaman Melayu iaitu Kampung Baharu, Datuk Keramat, Sentul dan juga Petaling Jaya. Akhbar-akhbar menggunakan istilah “tangkap basah” bila pasangan ditangkap dalam aksi di rumah kediaman atau di dalam kereta.
Ramai orang yang hadir di mahkamah untuk melihat pasangan khalwat dan juga untuk mendengar perbicaraan tetapi mereka tidak dibenarkan masuk dan hanya dapat mendengar perbicaraan itu menerusi lubang udara mahkamah.
Inilah berita menarik dan hangat yang banyak mewarna ceriakan Kuala Lumpur pada awal tahun 1960-an berbanding dengan kisah jenayah berdarah, bunuh, rompak, ragut, mat rempit dan sebagainya yang mewarna darahkan kota ini sekarang.
Cemas
Malaysia dan khususnya Kuala Lumpur masa itu walaupun sedang menghadapi ancaman konfrontasi Indonesia tetapi rakyat tidak berada dalam keadaan cemas sebaliknya, benar-benar berada dalam keadaan apa yang digambarkan oleh bekas Perdana Menteri Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam jawapannya kepada Presiden Indonesia Sukarno yang mendakwa rakyat Malaysia berada dalam kelaparan.
Dalam suatu interviunya dengan majalah Readers Digest Tunku berkata, Tidak! Itu tidak benar! Sebenarnya rakyat Malaysia sedang bersukaria, makan, minum, menari, berjudi, berbetina dan macam-macam lagi.
Sekalipun penyiaran berita-berita khalwat itu melariskan jualan akhbar tetapi timbul perbincangan dalam Jabatan Pengarang Utusan Melayu ketika itu tentang kewajaran penyiarannya kerana tidak dapat bersikap adil pada semua.
Seringkali apabila kejadian itu melibatkan orang besar atau orang bangsawan maka akhbar tidak dapat menyiarkannya atau pejabat-pejabat agama terpaksa menutup kes mereka kerana ada panggilan atau arahan dari “atas”.
Ramai juga mereka yang terlibat telah datang sendiri ke Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur meminta belas kasihan agar berita mengenai mereka tidak disiarkan. Yang banyak menjadi mangsa publisiti khalwat ialah rakyat biasa, penganggur, penjaja, askar, buruh, peniaga kecil dan lain-lain.
Selain dari itu mereka yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat seperti pegawai tentera, polis, pegawai kerajaan dapat melepaskan diri dari tangkapan kerana mereka mempunyai tempat yang istimewa untuk berkhalwat. Wartawan pun ramai juga yang berkhalwat tetapi mereka pandai mencari tempat selamat.
Keadaan menjadi lebih sukar apabila yang tertangkap adalah terdiri daripada artis dan ahli sukan yang sangat rapat dengan para wartawan.
Saya teringat kawan wartawan yang menelefon saya meminta berita khalwat disiarkan itu pernah menceritakan kepada saya tentang peristiwa dia dikejar oleh sekumpulan orang bila menghantar pulang seorang gadis Kampung Baharu yang dibawanya entah ke mana.
Dia turun dari teksi untuk mengucapkan selamat malam kepada gadisnya tetapi jawapan diterima daripada sekumpulan orang yang menyerbunya, “Selamat malam kepala bapa engkau”. Dia sempat masuk segera ke dalam teksi yang pantas melarikannya.
Di tengah tengah kerancakan penyiaran berita khalwat oleh akhbar- akhbar, tiba-tiba anak seorang pegawai pencegah maksiat sendiri telah ditangkap basah dan sejak itu penyiaran berita khalwat telah mulai berkurangan.
Maka itu apabila saya menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan pada tahun 1982, saya mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan sama sekali berita khalwat. Sebab utamanya ialah kerana tidak dapat berlaku adil.
Tidak semua orang bersetuju dengan keputusan itu termasuk dua orang wartawan veteran Tan Sri Samad Ismail dan Tan Sri Melan Abdullah (keduanya Allahyarham) kerana kata mereka jika berita jenayah rogol, samun dan sebagainya boleh disiarkan mengapa tidak berita khalwat. Bagaimanapun pendirian saya ialah kes ini lebih merupakan hal peribadi yang tidak wajar didedahkan.
Mufti Wilayah Persekutuan masa itu Datuk Sheikh Othman Haji Ibrahim telah mencadangkan agar satu akta diwujudkan bagi menghalang akhbar menyiarkan berita khalwat.
Tujuan utama mendedahkan tangkapan dan perbicaraan khalwat adalah untuk memalukan mereka yang terbabit supaya dengan itu menakutkan orang Islam yang mahu melakukannya.
Tidak terbatas
Sejauh manakah cara itu dapat mencegah perbuatan jenayah syariah tidaklah diketahui tetapi untuk menyembunyikan kes khalwat semakin sukar sekarang ini dengan adanya media baru; menerusi Internet; portal berita, blog, sms dan sebagainya yang bebas dan tidak terbatas.
Keterbukaan ini juga telah mempengaruhi nilai budaya masyarakat Malaysia berbilang kaum.
Skandal Timbalan Presiden MCA Dr. Chua Soi Lek dan seorang anggota Dewan Undangan Negeri Selangor telah membuktikan toleransi orang bukan Islam dan Islam yang bersama mempertahankannya sebagai hak peribadi dan kedua mereka terus diterima dalam kepimpinan politik oleh orang ramai. Apa yang dulu luar biasa telah diterima sebagai perkara biasa.
Silang budaya dan politik nampaknya telah merubah nilai masyarakat Malaysia menjadi dinamik dan progresif termasuk di kalangan agama yang dulunya diketahui sebagai jumud dan dogmatik. Seorang Tok Guru turut mempertahankan skandal ADUN Selangor sebagai hak peribadi.
Bagaimanapun mengandung tanpa nikah masih dianggap sebagai sesuatu yang amat mengaibkan kalangan masyarakat Islam Malaysia yang menyebabkan berlakunya perbuatan jenayah terhadap bayi yang tidak berdosa, dibuang, dibunuh, ditinggalkan di masjid dan sebagainya. Kebanyakannya berpunca dari khalwat.
Ketidakadilan sosial, kekejaman terhadap diri sendiri dan bayi yang tidak berdosa akan semakin banyak berlaku sekiranya masalah baru yang datang bersama dengan pembangunan dan pemodenan tidak ditangani dengan pemikiran yang terbuka dan sikap yang rasional, progresif dan berani.
Di kaca televisyen kita melihat beberapa orang artis yang tidak lagi merasa malu tertangkap khalwat dan membela perbuatan mereka secara terus terang dengan penuh yakin kerana mereka tahu masyarakat juga berfikiran lebih rasional dan lebih terbuka.
Ini mengingatkan saya kepada seorang lelaki yang tidak merasa bersalah dengan perbuatannya berkhalwat. Dia sendiri mengingatkan saya tentang perbuatannya itu yang saya sudah terlupa.
Di penghujung tahun 1960-an saya tinggal di Ampang Jaya dan mengambil barang barang runcit dari sebuah kedai Melayu. Seorang pembantu kedainya yang kacak telah bertanya kepada saya:
Encik kerja dengan Utusan Melayu ke?.
Ya, jawab saya.
Encik kenal tak dengan saya?.
“Maaf saya tidak kenal” jawab saya.
“Sayalah yang kena tangkap khalwat dahulu, gambar saya dan cerita saya ada dipakai oleh Utusan Melayu” katanya dengan selamba menyebabkan saya ketawa dan dia pun turut ketawa bangga. Hingga hari ini bila mengingatinya saya tersenyum sendirian. Dia seorang yang jujur.
========================

Ako bimbang penjara jejas pendapatan


Ako Mustapha


SHAH ALAM 16 Dis. - Pelakon Ako Mustapha memohon supaya hukuman penjara tiga bulan bagi kesalahan berkhalwat diketepikan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini kerana ia bakal menjejaskan sumber pendapatannya.
Katanya, sebagai pelakon yang dikenali ramai, kerjaya dalam bidang hiburan itu akan terjejas sekiranya terpaksa menjalani hukuman penjara lebih-lebih isterinya kini sedang sarat mengandung.
Dalam hujahan bertulis yang difailkan pada 2 Disember lalu, Ako yang popular dengan watak 'Kapten Boleh' dalam drama bersiri kanak-kanak itu mendakwa Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini telah terkhilaf semasa menjatuhkan hukuman.
Katanya, hukuman itu tidak mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama serta pengakuan bersalah selain ketiadaan nas undang-undang yang menunjukkan pesalah khalwat dihukum penjara sebelum ini.
Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad menetapkan 27 Januari ini untuk sebutan bagi hujahan balas pihak pendakwaan terhadap rayuan kes khalwat tersebut.
Ako sebagai perayu diwakili peguam syarie Akbardin Abdul Kader manakala pihak pendakwaan yang bertindak sebagai responden diwakili pegawai pendakwa syarie, Zusyarafain Md. Yusof.
Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 38, dihukum penjara tiga bulan dan denda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada 21 April lalu.
Hukuman dijatuhkan selepas Ako mengaku bersalah berkhalwat dengan jurusolek artis, Anang Sagunting, 25, di Blok B-2-9 Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa, dekat sini.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut pukul 1.20 pagi pada 27 Jun 2007.
Ako yang telah berkahwin dengan Kartina Abdullah, 29, di Sabah pada 17 Januari lalu pernah dikenakan waran tangkap pada 20 Januari lalu selepas empat kali gagal hadir ke mahkamah sejak kesnya disebut pada 20 Mei 2008.
======================

3 comments:

  1. APA MANFAAT VIMAX PILLS UNTUK PRIA ?

    Berdasarkan TESTIMONIAL dari Pengguna yang telah menggunakan VIMAX PILLS ada 7 MANFAAT :

    MemperBESAR Ukuran dan PANJANGGGG Penis sampai dengan 8 cm (HASIL PERMANEN)
    Meningkatkan KETAHANAN dan HASRAT SEKSUAL dalam Berhubungan Seks
    EREKSI yang LEBIH PERKASA dan TAHAN LAMAAAA
    Mencegah DISFUNGSI EREKSI dan Meningkatkan INTENSITAS ORGASME
    Membuat Pasangan SEMAKIN LENGKET
    LEBIH PERCAYA DIRI dan MACHO
    Keharmonisan Rumah Tangga semakin TENTRAM

    info dan pemesanan hubungi: (call / sms)

    PIN BB 329840B4

    0821 3649 5554
    085 747 266 780

    info lebih jelas kunjungi web resmi kami di www.vitalitasku.net

    ReplyDelete
  2. This Is Really Great Work. Thank You For Sharing Such A Good And Useful Information Here In The Blog.
    ONLINE EARNING

    ReplyDelete