Friday 6 May 2011

Tangkap Khalwat

Suami terkejut isteri berkhalwat


WANITA yang ditangkap khalwat bersama lelaki ahli perniagaan di sebuah hotel di Perlis, semalam.


KANGAR 24 Sept. - Hasrat seorang suami untuk menghadiahkan isterinya kek sempena hari jadinya hari ini berkecai apabila wanita itu ditangkap berkhalwat di sebuah hotel, di sini awal pagi ini.
Lebih menyedihkan lelaki itu sendiri menyertai pegawai Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) dalam serbuan di bilik hotel berkenaan pada pukul 5.30 pagi.
Wanita yang bekerja di Sungai Petani, Kedah itu, ditangkap ketika berdua-duaan bersama seorang lelaki, dipercayai ahli perniagaan.
Ketika ditahan, wanita itu yang berpakaian lengkap membuka pintu bilik sementara pasangannya berada di atas katil.
Dia yang juga ibu kepada dua anak dan dijadualkan menyambut hari lahirnya ke-31 di rumahnya hari ini, hanya berdiam diri ketika disoal oleh pegawai JAIPs.
Suaminya, 31, seorang juruteknik kanan di sebuah kilang di Sungai Petani itu pula tenang semasa soal-siasat dan proses mengambil keterangan dijalankan.
Lelaki tersebut ketika ditemui selepas itu di pekarangan pejabat JAIPs di sini, menyerahkan kes berkenaan kepada JAIPs dan mahkamah.
Beliau mengakui telah membeli kek itu sebagaimana diminta oleh isterinya sempena hari lahirnya.
Beliau memberitahu, isterinya telah dibebaskan hari ini setelah ada pihak yang membayar wang jaminan sebanyak RM2,000.
Pengarah JAIPs, Abdul Malik Hussin ketika ditemui mengesahkan pihaknya menangkap seorang wanita kerana berkhalwat dengan seorang lelaki bukan muhrim.
Beliau berkata, wanita tersebut akan dihadapkan di Mahkamah Syariah Kangar pada 30 September ini.
=================

1 comment:

  1. This Is Really Great Work. Thank You For Sharing Such A Good And Useful Information Here In The Blog.
    ONLINE EARNING

    ReplyDelete