Awasi anak elak kegiatan maksiat
MELAKA Ibu bapa di negeri ini disaran sentiasa mengambil sikap ingin tahu terhadap anak mereka termasuk mengetahui tempat tinggal mereka untuk mencegah mereka daripada terjebak dalam kegiatan maksiat.Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata, banyak serbuan dilakukan melibatkan remaja lelaki dan perempuan bersekedudukan di hotel-hotel bajet atau di rumah bujang.
"Ada sesetengah ibu bapa yang dipanggil setelah anak mereka ditangkap dan dipercayai berkhalwat memberitahu, mereka tidak tahu di mana anak mereka tinggal.
"Ada juga kes yang pasangan kekasih bersekedudukan untuk tempoh yang lama dan tidak disedari oleh ibu bapa," katanya di sini.
Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa akan lebih prihatin dan memantau kegiatan seharian anak mereka.
Lebih penting katanya, ibu bapa sepatutnya meluangkan sedikit masa pada hujung minggu untuk berkunjung ke rumah sewa anak mereka bagi mengelak perkara buruk daripada berlaku.
Berdasarkan statistik tahun lalu, katanya, kes khalwat merupakan yang tertinggi dicatat iaitu sebanyak 893 kes daripada jumlah keseluruhan kesalahan syariah sebanyak 1,831 kes berbanding 687 kes dalam tempoh yang sama pada 2007.
Antara kesalahan syariah lain yang turut mencatatkan peningkatan ialah kes hamil luar nikah sebanyak 384 kes, bersubahat persetubuhan haram (256) dan judi sebanyak 202 kes.
This Is Really Great Work. Thank You For Sharing Such A Good And Useful Information Here In The Blog.
ReplyDeleteONLINE EARNING